Featured

Dugaan bertunang

 Kenapa dengan tajuk macam nie ? Ye lahh. Al maklumlah, sekarang kan musim meriah orang bertunang. Termasuklah diri yana sendiri.

    Alhamdullilah, lepas yana intern di sebuah syarikat di Melaka. Yana dapat sambung kerja kat situ juga. Dan siapa tahu tentang jodoh kan ? Alhamdulillah, jodoh yana satu company dengan yana je haha. Walaupun dulu yana pernah tertanya dekat diri sendiri. 'Best sangat ke kahwin dengan orang yang satu tempat kerja nie?', 'tak bosan ke ? ye lah, kat rumah jumpa, kat company jumpa' dan banyak lagi soalan lah. Pokoknya, memang no lah kan yana nak kahwin dengan orang yang satu company akan datang nanti. 

    Tapi itu lah, rancangan Allah lebih besar. Pada 16/10/21, Alhamdulillah, yana telah bertunang dengan jejaka yang bernama Muhammad Firdaus. Akan tetapi dugaan semasa tu, dia sekeluarga terpaksa Kuarintin atas sebab ayahnya Positive Covid. Masa tu, aku keliru sama ada nak teruskan pertunangan online, pertunangan ada majlis atau tangguh sehingga mereka habis kuarintin ? Setelah berbincang keluarga yana dan keluarga firdaus, maka majlis pertunangan kami tetap diteruskan akan tetapi wakil daripada keluarga firdaus yang datang iaitu keluarga Makngah mereka yang akan menyarungkan cincin tersebut. Alhamdulillah, majlis pertunangan pada 16/10/21 selesai and im officially Firdaus's fiance. 











Terima kasih, mama ayah, ahli keluarga yana dan kawan rapat yana sudi meraikan majlis pertunangan yana. Terutamanya, mama dan ayah yang sudi terima Muhammad Firdaus dalam ahli keluarga kita.
Untuk yang nak tahu budget yana untuk Majlis Pertunangan. Yana bagi tahu details beserta instagram mereka. Ohh yaa, yana based on Melaka ya

Photographer : Budiman_Amin (RM 180)
Busana : Hijabistahub (RM 299)
Hijab : Iyliamalek (RM100, 2 helai)
Makeup : Makeupbyfazleenaaleen (RM 130)
Henna : Hennabyziera (RM 100 - atau lebih, tak ingat sangat sebab ramai saudara yana berinai sekali)
Crown & Veil : Shopee (RM 50)
Contact Lens : Freshkon (RM 100)
Makanan : Katering di Muar (RM 1500)
Mini Pelamin : Fabulouzdais.co (RM150)
Sewaan Dulang : Heartstealerbyhanisue (RM 245)

Hantaran Dulang Lelaki : Budget (RM 1000)
Dulang lelaki: Cincin, Songket, Set tali pinggang & dompet, Beg tangan lelaki, Set perfume, Coklat & kek

Hantaran Dulang Perempuan : Budget (RM 2000)
Dulang perempuan : Cincin, Jam tangan, Telekung, Buah-buahan, Kasut
 








Sayang. Terima kasih kerana sudi menerima diri ini untuk berada dalam kehidupan dan hati awak. Saya tahu awak bersedih kerana tak dapat hadir di majlis pertunangan kita. Banyak lagi dugaan yang bakal kita tempuhi dan in syaa Allah kita mampu hadapi masalah sama sama. Terima kasih juga, barang barang hantaran yang awak belikan untuk saya. 
















Comments

Popular Posts