Skip to main content

Featured

Dugaan bertunang

 Kenapa dengan tajuk macam nie ? Ye lahh. Al maklumlah, sekarang kan musim meriah orang bertunang. Termasuklah diri yana sendiri.      Alhamdullilah, lepas yana intern di sebuah syarikat di Melaka. Yana dapat sambung kerja kat situ juga. Dan siapa tahu tentang jodoh kan ? Alhamdulillah, jodoh yana satu company dengan yana je haha. Walaupun dulu yana pernah tertanya dekat diri sendiri. 'Best sangat ke kahwin dengan orang yang satu tempat kerja nie?', 'tak bosan ke ? ye lah, kat rumah jumpa, kat company jumpa' dan banyak lagi soalan lah. Pokoknya, memang no lah kan yana nak kahwin dengan orang yang satu company akan datang nanti.       Tapi itu lah, rancangan Allah lebih besar. Pada 16/10/21, Alhamdulillah, yana telah bertunang dengan jejaka yang bernama Muhammad Firdaus. Akan tetapi dugaan semasa tu, dia sekeluarga terpaksa Kuarintin atas sebab ayahnya Positive Covid. Masa tu, aku keliru sama ada nak teruskan pertunangan online, pertunangan ada maj...

Short Vacay Ipoh, Perak


Trip Ipoh, Perak

Punya lah dah lama plan nak pergi vacay sama-sama. Dah plan, nak tetap tarikh punya lah payah tau. And supposely pergi dengan Forlipat. Tapi kita pergi dengan Girlfie. Bajet trip lebih kurang RM400 (Yana tak sure sebab dah lupa. Now bulan 12. Vacay bulan 1, huhu). Mehh, yana listkan bajet kami empat orang. 

HARGA UNTUK SEORANG

Bas : RM 38 x 2 (Pergi Balik, seorang) = RM 76
Hotel : ( RM 100 x 2 malam ) / 4 orang = RM 50
Kereta Sewa : RM 200 Dua Hari) / 4 = RM 50
Duit Minyak : RM 50 /4 = RM 12.50
Grab : RM 40 / 4 = RM 10
Makanan = RM 150 

Hari Pertama

Kami bertolak daripada Melaka, naik bas dalam pukul 7 pagi. Sampai je Ipoh dalam pukul 12 macam tu. Kitorang terus datang Nasi Ganja, Ipoh. Nasib baik sempat tau, sebab diorang nak kemas dah. And yes guys ! Masa tu pun still ramai tau. Betul-betul berganja ya nasi dia. 


Nasi dia, 6/10. Sebab apa rating sikit sangat, yana ? Sebab yana tak minat sangat Kari huhu


Kemudian, kitorang naik grab menuju ke hotel. Yana tak ingat pula hotel apa. Tapi hotel bajet je gais ! Hotel tu RM 60 untuk dua katil queen. Memang ngam-ngam kami ada 4 orang. Rehat sekejap, after Solat Asar. Maka, bergerak lah kami ke tempat seterusnyaa !


Next place, sampai lah kami di Vintage Cafe No100. Kafe dia memang betul-betul vintage ya ! Tapi mostly ada makanan breakfast. Owner cafe nie memang peramah ya ! Dia siap nak tolong ambikkan gambar kami tau. Terharuu and thank you 😘







Kemudian, kitorang menuju ke Petit Marie Patisserie French Cuisines. Kat sini mostly Dessert. Ada cake, roti, cookies and banyak lagi. Dalam tempat nie pun cantik-cantik. Memang sesuai untuk korang bergambar. Kitorang datang sini, just rasa kek dia je. And memang sedap ! Comel je kek dia, tau. Rasa sayang nak makan haha






After that, kitorang jalan-jalan dekat Gerbang Malam, Ipoh. Seperti pasar malam atau uptown, KL lah kat situ. Ada banyak barangan dijual, macam baju. bag, tudung dan lain-lain. Kitorang just jalan-jalan kat situ je. Nak beli sourvenier, tapi tak ada kat situ 😞


Masa kitorang pergi Gerbang Malam tu, jualan dia sikit je tau. Jangan lah korang expect besar macam Uptown, KL haha. Next, kitorang pergi KTM Lama, Ipoh atau dikenali Railway Station Ipoh. Time siang, nice lah ambik gambar. Tapi kitorang datang sini waktu malam. So sedikit sebanyak gambar waktu malam huhu


The finale, tadi makan ringan-ringan je. Dessert lah, makanan breakfast lah. So, last check point harini. Kami makan dekat Restoran Simpang Tiga, Ipoh. Actually kan, korang kena makan tengahari kat sini. Lebih banyak makanan yang sedap masa tengahari. Ratin makanan kat sini waktu malam, yana bagi 6/10. Sebab ada masakan yang termasin sikit. Harga, yana tak ingat pula


Hari Kedua

Start fresh in Ipoh ! Hye, warga Ipoh 💕 Pagi nie kita mulakan hari kami dengan bersarapan di Babyboss Cafe, Ipoh. Yana pilih cafe ni untuk breakfast sebab ada Roti yang rainbow tu tau ! Tapi malangnya, yana tak ingat. Time tu dah tak ada (habis) atau dah tak buat haha So makan lah nasi lemak, roti bakar kat situ. Tapi air dia sedap, yaaa ! 8/10 yana bagi, jyeahh


Tengok lah tu. Mengancam kannn air yana ? 


After breakfast. kitorang decide untuk ke Kellie's Castle. Sebab Ieka nak pergi sangat tempat nie. Walaupun Kellie Castle tak ada dalam list kitorang nak pergi. Tapi ayuhhh ! Masuk bayaran Kellie's Castle waktu yana pergi nie, seorang RM5. Make sure, korang bawa MyCard tau. Sampai tengahari kitorang posing kat sini haha 




Selepas penat berposing panas lit-lit kat Kellie's Castle. Maka, kami sudah lapar. Jadi, kami pun menuju ke Laksa Telur Goreng Bersarang, Ipoh. Korang, semangkuk laksa tu memang besar. Satu mangkuk tu, kitorang share berdua haha Tapi memang sedap. Rating yana bagi 8.5/10 ! 



Selesai makan, kami ke MAPS, Ipoh atau nama panjangnya ( Movie Animation Park Studios ). Tapi sayangnya, lepas kitorang balik bercuti, MAPS nie dah diumumkan tutup sepenuhnya ya. Maknanya, MAPS nie dah tak ada lagi, ya gais ! Masa kitorang masuk nie, memang free ya. Tapi korang baru kena bayar time korang nak main game dalam MAPS tu. Tapi, kitorang tak main game apa-apa. Jadi, yana tak tahu berapa bayaran nak main game. 






Next, destinasi kami ke Plan B. Plan B ni actually restoran. Tapi kitorang park kereta and parking. Jangan lupa ya, letak kupon parking. Korang boleh beli dekat kedai apek-apek cina. Then kitorang start berjalan dari Plan B.



Dekat depan restoran Plan B. Ada kedai kecik2 tau. Nama kedai tu, Bits & Bobs Ipoh. Ada jual ice macam nie. Macam-macam flovour ya korang boleh pilih. Bukan tu je tau. Ada ice cream kelapa dan macam-macam lagi. 




Next, kitorang masih berjalan kaki ya. Haaa baru terasa macam pelancong haha But actually dekat-dekat je destinasi yang kitorang nak pergi ni. Sebab tu, kami decide nak jalan kaki. Next destinasi, kami ke BookXcess, Ipoh. Korang, yang nie bukan library ya. Kedai ni actually kedai buku. Buku-buku kat situ memang murah. Dari novel sampai ke komik pun ada. Gain knowledge also with reading, gais ! 😘








Seterusnya, kami ke Concubine Lane. Sepanjang lane tu memang ada macam-macam jualan. Tapi mostly aksesori lah. Rantai, gelang yang comel-comel. Ada juga jual Coffee Ipoh dan macam-macam lagi. Tapi kami ke Platf9rm 9 1/2 Harry Potter. Anyone yg peminat setia Harry Potter boleh lah ke sini ya. Korang boleh pakai pakaian yang disediakan dan FREE ya. Tapi kitorang datang situ, kitorang ada juga beli air di situ. Saja lah nak try kan, sebab nama dia Butterbrew Float. Beli dua minuman, kongsi berempat. Rasanya macam A&W and ada ice cream vanilla tau ! Sedap ! Harga lebih kurang RM 10 tak silap yana. Korang boleh refer more images and ada menu list dekat web page nie, Platform 9 1/2 Harry Potter







Sepanjang Concubine Lane tu juga, ada jual Kuma Rainbow Cheese Toast ! Yana baca review, ramai kata tak sedap tau. Tapi honestly, bagi yana memang sedap ! Im so happy bila nampak rainbow tu haha Yes gais, honestly sedap. Maybe sebab yana tak pernah try Rainbow Cheese Toast yang lain kat Ipoh tu, kan ? But you gais, kena try ! 8/10 daripada yana. Harga berpatutan, RM 14 tak silap yana. Dah penat berjalan kaki, kami pun pulang ke hotel untuk solat dan berehat. 


Selesai solat magrib, kami terus menuju ke Konda Kondi Cafe, Ipoh. Portion makanan situ, agak banyak. Harga yana tak ingat tapi bagi yana agak murah lah juga. Overall, semua okey kat situ. And ramai ya, gais tapi makanan tak lambat pun 👍 



Hari Ketiga

Hari ketiga ialah hari terakhir kami di Ipoh huhu. Selepas kemas barang and checkout hotel. Kami breakfast New Hollywood Canning Garden, Ipoh. Kat sini ada gerai-gerai yang banyak jualan tau. Tapi memilih untuk makan roti canai daripada gerai Melayu ya. 


Next, kami sepatutnya ke Han Chin Pet Soo tau. Tapi malangnya, kedai tu tutup. Jadi, kami decide nak jalan-jalan untuk cari barang sourvenier Ipoh.

Tapi fuhhh ! Kemain susah yaa 😭 Yana tanya kawan-kawan Perak yana pun, diorang tak sure kat mana ada jual sourvenier yang ada tulis Ipoh tu. Sampai lah kami jumpa satu kedai nie, ada lah juga pelekat di peti ais yang ada tulis Ipoh, Perak haha Tu pun tinggal sikit tauu. Boleh lah, daripada tak beli apa-apa buah tangan dan kenangan daripada Ipoh, kan ?


Selesai shopping untuk sourvenier. Kami menuju ke Muzium Darul Ridzuan. Kami disambut peramah Encik yang berada di sana. Lagi pun, kami berempat ya di situ. Tak ada orang pun 😔 Dan encik tersebut menerangkan serba sedikit tentang Latar Belakang Sejarah Ipoh. Gambar kenangan bersama Encik tersebut, yana terlupa nak ambil. Maaf korang. Ohh ya ! Bayaran untuk masuk Muzium ini, percuma ya. Mari lah ramai-ramai memeriahkan muzium negeri kita.



Alhamdulillah. Selesai kami di Muzium. Kami terus pulangkan kereta sewa. Dan menaiki grab untuk ke Stesen Bas Ipoh, Perak. Sekian sahaja Trip Ipoh kami di sini. Kami sampai Melaka dalam pukul 6/7 petang lebih kurang. Maafkan yana, andai ada info yang tak mencukupi. 

Selamat bercuti ya semua :)









































































































































 


Comments

Popular Posts