Skip to main content

Featured

Dugaan bertunang

 Kenapa dengan tajuk macam nie ? Ye lahh. Al maklumlah, sekarang kan musim meriah orang bertunang. Termasuklah diri yana sendiri.      Alhamdullilah, lepas yana intern di sebuah syarikat di Melaka. Yana dapat sambung kerja kat situ juga. Dan siapa tahu tentang jodoh kan ? Alhamdulillah, jodoh yana satu company dengan yana je haha. Walaupun dulu yana pernah tertanya dekat diri sendiri. 'Best sangat ke kahwin dengan orang yang satu tempat kerja nie?', 'tak bosan ke ? ye lah, kat rumah jumpa, kat company jumpa' dan banyak lagi soalan lah. Pokoknya, memang no lah kan yana nak kahwin dengan orang yang satu company akan datang nanti.       Tapi itu lah, rancangan Allah lebih besar. Pada 16/10/21, Alhamdulillah, yana telah bertunang dengan jejaka yang bernama Muhammad Firdaus. Akan tetapi dugaan semasa tu, dia sekeluarga terpaksa Kuarintin atas sebab ayahnya Positive Covid. Masa tu, aku keliru sama ada nak teruskan pertunangan online, pertunangan ada maj...

Hye Bye 2020

December 2020 sudahh. Cepat betul masa berlalu. Dah dua tahun yana tak berblog kan ? Dah berhabuk dah blog yana haha 


Macam-macam yang berlaku sepanjang 2 tahun tak tulis blog. Alhamdulillah yana still survive haha So yeah ! Yana nak tulis satu satu kejadian pun macam banyak sangat kan ? Yana ringkaskan je lah ya. Rumusan dalam 2 tahun daripada pembelajaran yana, family yana, kawan-kawan yana and mybe yana selitkan si dia sikit hehe

1. Family 


My big family belah mama. Masa nie arwah abah(atok) ada lagi (yang berkerusi roda). Sekarang, dah meninggal dah. Sama-sama kita doakan Al-Fatihah kat abah ya. Terima kasih korang. As you can see, ramai lelaki ya haha sebab cucu perempuan family nie ada 3 orang. Yana, adik yana (Atirah) and anak angah (Aleesya). Yang lain semua lelaki. Rumah bergegar kalau ada diorang semua nie, riuh rendah. 


Masa nie raya 2019. Black theme, yana lain sikit lah. Sebab tiba-tiba ada gold tu. Dia macam tiberrrr haha. Apa-apa pun, still best. Lepas sembahyang raya kat taman rumah and salam-salam kat rumah. Baru kitorang balik kampung. Melaka - Muar berapa minit je, dekat kan ? Thats why, kitorang selalu balik kampung lambat. Hello, dah masak siap-siap kat rumah. Tinggal bawa balik kampung je. 


Raya 2020. Emerald Green gitewww. Alhamdulillah, masih bahagia dan bersyukur kerana dapat hidup dalam keluarga yang sempurna. Terima kasih mama ayah tak henti beri sokongan dan dorongan. Tanpa doa kalian, yana tak mampu berdiri. Oh ya ! Raya tahun ni tak best sangat sebab masa nie Pandemik Covid. Raya tak boleh pergi mana-mana gais. Nak balik kampung pun tak boleh. Jalan raya memang disekat habis-habisan tau. Sampai sekarang pun masih ada lagi Virus Covid tu. So korang, hati-hati ya.


2. Study 

Alhamdulillah, semester sekarang yana semester 7. Final year yang sedang sibuk buat Final Year Project. Dengan subject yang lain lagi terutamanya Subject Embedded. Fuhhh, subject paling yana rasa tak suka tapi masih berjaya atasi error-error coding tersebut haha. Tapi macam biasa lah, bila lab Embedded nie keluar je, masa untuk tidur lambat. Sebab yana seorang yang tak suka bertangguh. Dah lah susah, nak tanya lecturer pun tak boleh kalau lambat-lambat nie. 

Another good news, semester depan yana intern tau. Dengan pandemik Covid sekarang. Susah tau nak dapat kerja, ada juga pekerja yang diberhentikan kerja sebab ekonomi memang jatuh teruk. Yana agak risau, if tak dapat tempat intern sebab if tak dapat tempat intern. Kemungkinan semester yana kena tangguh. Ya Allah, minta sisih.

But gais ! Alhamdulillah, yana dapat tawaran beberapa syarikat. And the best thing, ada satu syarikat tu offer yana kerja dan masuk awal sikit dari tarikh intern. Syukur ya Allah. Usaha, doa, tawakal. Ingat tu, korang. Yana masih ingat, first time interview betul-betul di syarikat besar walaupun hanya untuk intern position. Masih gugup tau. Yana dapat oncall hari rabu petang untuk dia surekan email and hari bila yana free untuk yana datang interview. Sebab ye lah kan, dia tak nak ganggu masa class yana. So yana decide Jumaat petang. Rabu malam tu, yana terus tanya kawan-kawan yang dah kerja. Minta tips diorang untuk interview (Oh ya ! Boleh jadi next post kan ? Tips Interview). Malam tu juga yana buat scripts, nak cakap apa and buat review about company diorang. Ya lah, kan yana minta banyak sangat company untuk internship. And the most important yang yana ingat. Yana tengok running man sebelum pergi interview tu. Sebab yana nak chill and cool down kan nervous yana. Sumpah, takut gais ! 

3. Friends

Nak cerita detail tentang kawan-kawan yana nie. Panjang sangat nie haha. So yana ringkaskan sikit-sikit. In syaa Allah, ada masa yana buat entry yang lebih detail. 


Fifth Harmonies 💗 5 orang perempuan yang ada dalam class yana masa Degree. Yang lain semua lelaki ya. Jarang sekali kitorang gaduh apatah lagi bermasam muka. Setiap kali habis sem mesti akan ada satu rancangan untuk kitorang buat sama. Contoh, masak steamboat sama-sama, main makeup sama-sama, tengok movie sama-sama. Ehh banyak lagi lahh. Tapi tu lahh, lepas habis degree masing-masing dah jauh. Aina dari Sarawak, Pah dari Sabah, Aten dari Perak, Hind dari Muo huhu. Apa-apa pun enjoy life kita masa sem akhir nie. Itupun still sedih sebab Pandemik Covid nie, kitorang class online je. Nasib baik diorang semua mai Melaka. Boleh lah keluar sama-sama macam nie. 


Yang nie, Haiza ya. Bff paling rapat dari zaman Diploma. Allahu, kalau kira-kira dah lebih 5 tahun kita bersahabat. Kawan susah senang. Kalau jumpa, tak pernah lah tak menangis. Dia seorang yang sangat tabah ! Serious, dia memang tabah. Kalau aku kat tempat dia, aku tak mampu gais. Tapi ya lah, ujian masing-masing. Allah tahu apa yang terbaik untuk dirinya dan Allah tahu dia mampu atasi ujian tersebut. So Jijahhh ! Aku doakan hubungan kita kawan sampai bila-bila sampai anak cucu, okey ? Jangan lupa, kau dah kahwin pun kau jadi bridesmaid aku ! hahaha 


Yang nie pula, group Forlipat ! Pat pat siku lipat, siapa cepat dia dapat ! hahahah Time nie kitorang saja-saja nak picnic. And masa tu yana masak mee kari. First time masak mee kari tauuu ! Buat pengetahuan semua, yana tak berapa minat kari tapi kenapa yana masak kari ? haaaa, sebab kesayangan yana masa tu request. Dia balik nanti, dia nak makan mee kari yang yana masak. So, for the first trial. Yana masak masa picnic nie and minta kawan-kawan yana rasa dulu haha Nasib baik sedappp ! Fuhhhh, yana pula buat lebih. Yana bagi dekat orang yang berpicnic juga area pantai situ. Oh yaa, kitorang picnic nie dekat PD ya. Pantai mana, yana tak ingat lahh pula. Sorry hehe Masa nie 2019, belum Covid lagi ya gais 😔


Jeng jeng jeng. Harry Potter from Gryffindor, Hufflepuff, Ravenclaw and Slytherin ! Mana satu pilihan korang ? haha Nak tahu nie kat mana ? Ini ialah Platf9rm Coffee and Brew Cafe di Ipoh Perak. Ya gais! Yana berholiday di Ipoh Perak bersama Amer, Jiea and Ieka. Nantikan full post yana tentang holiday kitorang kat Ipoh. Yana akan sertakan bajet sekali, okey ? Masa nie holiday pun tahun 2019. 



Masa nie 2018. Baru lepas bermandi-manda dekat Gunung Ledang, Johor. Nie semua Johorianss ya ! haha Kecuali Haiza and Megat. Diorang sanggup datang dari KL. Nak tahu apa yang kelakar, Haiza ingatkan Gunung Ledang tu dekat Johor Bharu yaa ! haha. Gunung Ledang kat Tangkak je gais ! Tak sampai Johor Bharu lagi taau. Nie semua kawan-kawan yana dari zaman Diploma. Bila entah nak gether lagi.


Itu sahaja buat entry kali ini. Post yang lain nanti, yana akan ceritakan lebih detail trip holiday yana dengan family and kawan-kawan yana. Stay tuned gais

Semoga kalian happy selalu :)






Comments

Popular Posts