Featured
- Get link
- X
- Other Apps
Tips Memohon Internship
Macam mana ? Baca tajuk pun mesti korang dah berdebar kan ?
Sabar-sabar. Yana akan share sedikit sebanyak tips yang yana rasa boleh digunapakai sebab alhamdulillah yana baru je lepas diterima untuk internship yana and ditawarkan kerja di syarikat situ. Jadi, yana nak bantu korang dengan share pengalaman yana. Okay ?
Pada yana belum dipanggil untuk interview. Korang kena cek balik resume korang. Buat persiapan buat cover letter juga. Yana tak buat cover letter ya tapi ada syarikat yang minta cover letter tau. Yana nak bagi tahu, yana diterima dua jenis syarikat iaitu swasta dan juga kerajaan. Tapi yana lebih memilih intern di syarikat swasta. Seperti yang sedia maklum, syarikat kerajaan seperti contoh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menggunakan sistem dalam website dia untuk korang apply intern. Ini ialah contoh Resume First Draft yana. Second draft tu yana tukar colour background and ubah ayat siki-sikit. Dokumen yang paling penting ialah resume, latest transcript, surat jawapan daripada universiti, ic depan dan belakang.
TIPS MEMOHON INTERN KERAJAAN
Satu perkara yang korang kena alert ialah kena baca betul-betul apa yang diorang minta. Bagi betul-betul semua dokumen yang mereka minta seperti Resume, I/C depan belakang dan sebagainya.
TIPS MEMOHON INTERN SWASTA
Perkara ni sebenarnya wajib guna untuk semua syarikat tak kira swasta atau kerajaan sebenarnya. Ada beberapa cara semasa yana nak mohon tempat intern.
1) Jobstreet, internsheep atau mana-mana website yang lain yang korang boleh tengok untuk dapatkan kerja. Kadang-kadang ada syarikat pun letak situ jawatan untuk internship. Korang kena selalu cek kalau tak nak terlepas. Apply bergantung course korang ya.
2) Facebook. Yana perhati kebanyakkan post di facebook ialah course seperti marketing, keusahawanan, office, dan sebagainya, Korang boleh pergi mana-mana group internship yang ada di facebook. Tapi make sure, korang kena tahu nama syarikat yang posting jawatan tersebut dan cek dulu latar belakang syarikat tu.
3) Website. Yana suka baca pengalaman orang lain. Kadang-kadang diorang akan bagi tahu nama syarikat yang diorang intern masa tersebut. Korang boleh cek latar belakang syarikat tersebut, kalau ada kaitan dengan course korang. Korang boleh je apply di website syarikat tersebut bahagian career. Mana tahu, sangkut kan untuk intern job 😉
4) Twitter. Sebab kan yana seorang penggemar twitter. Yana ada juga search perkataan "intern melaka" (contoh). Nanti scroll je apa yang warga twitter tweet. Kadang-kadang diorang ada bagi tahu nama syarikat yang diorang pernah intern. Macam biasa, korang cek latar belakang syarikat tersebut dan kalau okey, try cari email hr mereka.
Okey. Cukup untuk mereka yang tertanya dokumen apa nak kena bagi dan cara nak mohon syarikat intern. Mari kita proceed untuk next step apabila korang dah memohon.
Apabila korang dah mohon syarikat mana-mana yang korang nak. Apa perlu lagi korang buat ?
1. Make sure korang update website linked. Isi detail tersebut betul-betul. Kadang-kadang diorang tengok juga korang aktif atau tidak di Linked tersebut.
2. Refresh email korang. Make sure pakai satu email je. Banyak-banyak email nanti korang juga pening. Paling penting, email mesti senang dan profesional. Macam email yana yang yana apply, nurlyanakarim38@gmail.com, please jangan lah guna twopiece@gmail.com dan sebagainya. Profesional, okey ?
3. Buat notification email korang. Kadang-kadang korang terlepas email mereka. Ada syarikat yang akan minta full transcript atau tarikh-tarikh interview. Takut korang terlepas peluang tersebut.
4. No phone perlu dan wajib ada di resume dan ada di email korang. Setiap kali hantar dokumen pada syarikat tersebut mesti ada ayat utama ya. Sebagai contoh,
Yana rasa itu sahaja langkah-langkah awal untuk korang yang baru nak mohon jawatan Intern di syarikat dan tips yang yana rasa penting. Next blog yana, yana akan kongsikan Tips Interview Internship.
Goodluck ;)
Comments
Post a Comment