- "Ya Allah,
jadikanlah diriku sebaik-baik perempuan dan
jauhilah diriku daripada hati-hati dan
mata-mata yang berniat jahat kepadaku.
sungguh, Engkau Maha Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu isi hati” -
Alhamdulillah
Terima kasih kerana beri kesedaran , apa yang sepatutnya dilakukan dan yang tidak sepatutnya . HATI ?
Terdetik rasa hati untuk lebih mengenali . Terdetik rasa hati untuk mengetahui. Terdetik rasa hati untuk insan itu tahu tentang isi hati. Tapi. Dia mula sedar ,perkara tersebut merupakan perkara yang sia-sia . Kenapa? Andai ada tersilap langkah, pasti ada yang terluka. Andai tersilap bicara, pasti ada yang terusik hatinya.
Ya, dia mula sedar.
Semenjak bila, hati dia mula terusik? Entah sejak bila, katanya. Kata dia lagi, "Mungkin Allah hendak menguji aku".
PERASAAN? Semua tu di bawah kawalan kita. Perasaan timbul atau tidak, bukan kita yang dapat mengawalnya. Hanya cara untuk kita mengatasi sahaja yang kita boleh kawal.
Dia mula gembira saat insan itu menyedari kehadirannya. Dia mula girang saat insan itu tahu tentang isi hatinya. Tapi dia tahu tak sepenuhnya insan itu mengetahui. Cukup lah insan itu tahu akan kehadirannya dalam hidup insan tersebut. Itu sudah memadai!
Namun dia tersilap langkah. Langkah yang dia tak pernah tahu, begini lah rasanya andai di sakiti. Begini lah sakitnya andai hatinya di lukai. Kadangkala terbit rasa menyesal, kerana langkah itu lah yang membuat kan dia jatuh. Jatuh tersungkur. Saat itu dia mula SEDAR.
Sedar bahawa dia bukan siapa-siapa dalam hidup insan tersebut. Sedar yang itu hanya lah mainan perasaannya sendiri yang dia tidak dapat halang. Dia tahu insan itu turut tahu. Tapi bagi dia, biarlah dia simpan perasaan tu seorang diri.
Bagaimana insan itu boleh mengetahui? Insan itu takkan pernah faham kerana insan itu bukan lah siapa-siapa. Dan yang paling penting, DIA bukan lah siapa-siapa dalam hidup insan tersebut. Tapi kenapa hati dia terlalu rasa sakit?
Oleh itu , terima kasih ! Terima kasih kerana insan itu juga lah yang bagi kekuatan untuk dia berhenti dari membuat perkara dari segalanya, berhenti dari memikirkannya .
Pesan dia untuk insan tersebut,
"Maafkan andai diri ini menganggu hidup 'insan', yang sesungguhnya diri ini hanya insan biasa yang membuat kesilapan. kita pasti akan berjumpa lagi. Tapi maafkan andai diri ini terus menyepi. Terima kasih untuk segalanya"
Comments
Post a Comment